RPH BMM3105


Video sambutan hari raya 



Lagu Hari Raya




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata pelajaran                      : Bahasa Melayu
Tahun                                     : 5 Bestari
Bilangan Murid                      : 34 orang
Tema                                      :Kebudayaan
Tajuk                                      : Perayaan di Malaysia
Tarikh                                     : 1 April 2013
Masa                                      : 7.45 pagi- 9.15 pagi (90 Minit)

Objektif                                   : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.    menyatakan tentang sambutan  perayaan di Malaysia secara lisan  dengan menggunakan ayat yang betul
2.    membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
3.    menjawab semua soalan kefahaman berdasarkan petikan dengan bimbingan guru
4.    menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.




Hasil Pembelajaran:
                      i.        1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan , intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1(i) – Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

                    ii.        5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca
Aras 2 (i) – Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi  berdasarkan tanda baca

                   iii.        8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk
Aras 3 (i) – Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai jenis ayat

Kaedah                                  : Komunikatif

Pendekatan                          : Komunikatif

Teknik                                    : Perbincangan, bersoal jawab

Kemahiran Bahasa             : Kemahiran lisan, membaca dan menulis

Sistem Bahasa                     : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan  dan  intonasi

Ilmu                                        : Bahasa Melayu, Kajian Tempatan, ICT

Nilai                                        : Hormat-menghormati, Saling menghargai, Kesyukuran, Kasih saying

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir              : Membuat perbezaan, membuat inferens dan mengkategori

Kecerdasan Pelbagai         : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi
Pengetahuan sedia ada     : Murid mengetahui dan pernah mengalami suasana perayaan di Malaysia.

Bahan Bantu Belajar          : Slaid power point, lembaran kerja, video lagu hari raya dan suasana hari raya di kampu
ng.





Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(10 minit)
bekas berisi kuih raya (ditutup dengan kain)
1.    Murid diminta meneka benda yang dipegang oleh guru.

2.    Murid ditayangkan dengan gambar-gambar tentang perayaan di Malaysia.
BBB:
Bahan maujud (bekas berisi kuih raya)

Slaid power point

KB: Menghubung kait, inferens
Langkah 1
(15  minit)
Petikan cerita bertajuk “Perayaan di Malaysia”

Soalan:
1.    Apakah perayaan yang dirayakan di Malaysia?
2.    Sebutkan nama kaum majority di Malaysia?

1.    Murid ditayangkan petikan cerita “Perayaan di Malaysia”

2.    Seorang murid diminta membaca petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Murid lain diminta mendengar dengan teliti.

3.    Murid diminta menjawab soalan yang dikemukakan berkaitan petikan.
BBB:
Slaid power point

KB: Membuat inferens

BCB: Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai


Langkah 2
(25 minit )
Perbezaan dan persamaan perayaan di Malaysia

1.    Hari raya puasa
2.    Deepavali
3.    Tahun Baru Cina

Video suasana hari raya
1.    Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang perbezaan dan persamaam perayaan di Malaysia

2.    Murid mencatat perbezaan dan persamaan dalam borang pengurusan grafik.

3.    Wakil kumpulan diminta membentangkan di hadapan kelas.

4.    Murid dipertontonkan dengan video suasana hari raya.
KB: Membanding beza, menjana idea

BCB: Memproses dan melaporkan maklumat

KP: Interpersonal dan intrapersonal

Nilai: Kerjasama, hormat-menghormati

BBB: Slaid power point, boring pengurusan grafik
Langkah 3
(30 minit)
Aktiviti Pengayaan:

Menulis karangan bertajuk “Suasana perayaan di tempat saya”

Aktiviti Pemulihan:

Melengkapkan petikan dengan mengisi tempat kosong berdasarkan jawapan yang diberikan


1.    Murid diminta menulis karangan tentang “Suasana Perayaan di Tempat Saya”

2.    Murid kumpulan pemulihan diminta melengkapkan petikan berdasarkan jawapan yang diberikan.

3.    Murid membacakan karangan yang telah siap ditulis.
KB: Menjana idea, menghubung kait

BCB: Memproses, mencatat, melaporkan maklumat

KP: Intrapersonal. Interpersonal, verbal-linguisitik

Nilai: Kerajinan, menghargai, menghormati

BBB: Lembaran kerja
Penutup
(10  minit)
Rumusan isi pelajaran

Soalan:
1.    Apakah perayaan di Malaysia?
2.    Nyatakan nilai murni yang kamu boleh dapati daripada pelajaran hari ini.

·         Hormat-menghormati
·         Menghargai
·         Perpaduan

Nyanyian lagu raya bersama-sama
dan menikmati kuih raya yang dibawa oleh guru.
1.    Murid diminta menyatakan semula perayaan di Malaysia.

2.    Nyatakan nilai murni yang kamu boleh dapati daripada pelajaran hari ini?

3.    Murid dan guru menyanyikan lagu hari raya bersama-sama.
KP: Muzik, spiritual

Video lagu hari raya


Slaid power point



Tiada ulasan:

Catat Ulasan