Isnin, 29 April 2013
Petikan Perayaan di Malaysia
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/138469481/Hari-Raya-Merupakan-Perayaan-Masyarakat-Melayu-Dan-Penganut-Agama-Islam
Koleksi Sajak Buat Guru
Sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138458031/Koleksi-Sajak-Buat-Guru
Gurindam buat Ibu
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138456717/Gurindam-Buat-Ibu-Tersayang
Kaedah Mengembangkan Isi Karangan
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138455007/Kaedah-Kembang-Isi-Karangan
Kaedah Penulisan Karangan
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138454383/PENDEKATAN-PENULISAN-KARANGAN
Peringkat -peringkat Kemahiran Menulis
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138452857/KEMAHIRAN-MENGARANG
Pelbagai Teknik Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138451361/Presentation-2
Ahad, 28 April 2013
Kemahiran Mendengar dalam pengajaran bahasa Melayu
sil muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138334696/kemahirn-mendengar
Kemahiran menulis dalam Pengajaran Bahasa Melayu
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138334294/kemahiran-menulis
Pemulihan Dan Pengayaan
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138333604/57290287-Pemulihan-Dan-Pengayaan
Sabtu, 27 April 2013
Rancangan Integrasi Murid Untu Perpaduan
sila muat turun bahan ini http://www.scribd.com/doc/138308098/Dasar-Pelaksanaan-Rimup-2008
Sabtu, 30 Mac 2013
Mari Belajar Membaca
Sila muat turun bahan berikut http://www.youtube.com/watch?v=3EesdH8Lahc
Bawang Putih Bawang Merah
Sila muat turun bahan berikut http://www.youtube.com/watch?v=BR1LjsotxLk
Teori Pemerolehan Bahasa
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/133199979/teoori-2
BMM3117 Pendekatan Deduktif
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/133199501/pendekatan-dedukktif
Sabtu, 23 Februari 2013
KOLEKSI PANTUN
Pantun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada
dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama
dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun
lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada
kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun
terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang
dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat
kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi
pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud
dan demikianlah seterusnya.
Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Pok
amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok
bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang
Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua
Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam
Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua
Burung
Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat
Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat
Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu
Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang
Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang
Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
INDAHNYA BAHASA DALAM PANTUN MELAYU
Bahasa memainkan peranan penting dalam
menyampaikan sesuatu hasrat dan bahasa yang baik akan dapat difahami
maksud sama ada bahasa yang tersurat dan tersirat. Bahasa yang
tersurat adalah yang tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa
tersirat adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang lain.
Begitulah, pantun yang dahulu biasanya
disampaikan sewaktu orang Melayu berkebun, bersawah, serta mengadakan majlis
merisik, meminang dan nikah kahwin. Pantun sebati dengan adat dan
budaya kehidupan masyarakat Melayu. Ia terangkum dalam pantun adat dan resam
manusia, agama dan kepercayaan, nasihat dan pendidikan, kembara dan perantauan
dan percintaan. Pantun sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasa jika
dikaji dan dihayati.
Bahasa dalam pantun juga terdapat dua maksud
antaranya maksud tersurat dan juga tersirat. Tetapi pada kebiasaannya pada
pembayang atau sampiran pantun ia banyak menggunakan bahasa tersurat dan dalam
maksud atau makna ia membawa dan menggunakan bahasa yang tersirat. Bahasa
khususnya Bahasa Melayu nilainya amat tinggi tidak boleh dijual beli, seperti
kata pantun di bawah ini:
Anak Cina bertimbang
madat,
Dari
Makasar langsung ke Deli;
Hidup
di dunia biar beradat,
Bahasa
tidak dijual beli.
Makan
sirih berpinang tidak,
Pinang
ada di bawah tangga;
Makan
sirih mengenyang tidak,
Tapi
tanda budi dan bahasa.
Tingkap
papan kayu bersegi,
Sampan
sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan
kerana budi,
Tinggi
bangsa kerana bahasa.
Tanpa bahasa yang baik, sesebuah pantun tidak
dapat berfungsi dengan lancar serta tidak dapat menyampaikan sesuatu maksud.
Pemantun atau pengarang pantun biasanya mengambil imej alam, kehidupan dan
persekitaran semasa bagi pembayang. Manakala isinya atau maksudnya juga
mempunyai kaitan dengan pembayang tersebut.
Bahasa dalam pantun juga meliputi tumbuhan,
binatang, alam fizikal dan cakerawala, manusia, peristiwa, agama, objek
konkrit, warna dan seluruh kehidupan masa lalu dan masa kini. Hal ini terdapat
dalam pembayang pantun yang mengambil simbol untuk menyampaikan mesej dan
nilai-nilai tertentu. Begitulah juga keindahan bahasa dijelaskan dalam pantun
di bawah.
Sebagai contoh;
Yang
kurik kundi,
Yang
merah saga;
Yang
baik budi,
Yang
indah bahasa.
Simbol mendukung makna kata dan diksi dalam
pantun. Simbol juga digunakan mengikut konteks pemakaian, dan lingkungan budaya
masyarakat yang menghasilkan pantun itu. Unsur bahasa dan kod budaya turut
memancarkan jaluran budaya dan pemikiran masyarakat baik secara individu dan
masyarakat atau kelompok masyarakat yang mewakili zamannya. Puitika sesebuah
pantun banyak bergantung pada bahasanya yang indah, berseni, mempunyai akal
budi, menyentuh rasa dan perasaan dan ada rasa keindahan.
Proses penciptaan simbol ini sangat erat
hubungannya dengan budaya dan lingkungan kehidupan orang Melayu pada zaman
dahulu dan juga zaman kini bergantung pada bila proses penciptaan pantun itu
sendiri. Aspek simbol ini memperkayakan lagi dan turut memahami bahasa dan
budaya Melayu melalui karya sastera.
Kajian dan penyelidikan para sarjana
mendapati, salah satu cara menyampaikan buah fikiran, teguran dan sindiran
adalah melalui pantun. Orang Melayu dahulu gemar menyampaikan sesuatu persoalan
secara tidak langsung, melalui bahasa kiasan bagi menjaga hati orang lain agar
tidak tersinggung dan terasa dengan kata-kata secara langsung.
Melalui karya sastera, simbol merupakan
salah satu unsur bahasa yang penting. Simbol mungkin dapat
ditafsirkan secara terus atau secara tidak langsung. Simbol bukan sahaja dapat
dikesan melalui karya sastera Melayu lama, malah karya sastera Melayu Moden.
Sebagai contoh, pantun Melayu dapat dikesan banyak menggunakan simbol yang
dipakai bagi menyampaikan mesej dan nilai-nilai tertentu.
Bahasa dalam pantun Melayu dapat dikesan
simbolnya melalui Pantun Adat dan Resam, Pantun Agama dan
Kepercayaan. Pantun Budi, Pantun Jenaka, Pantun Teka-Teki, Pantun
Kepahlawanan, Pantun Nasihat dan Pendidikan, Pantun Peribahasa dan
Perbilangan, Pantun Kiasan dan Ibarat, Pantun Perantauan dan Pantun Percintaan.
Za’ba (1965:218) ada menyatakan tentang
puisi khususnya pantun yang menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa,
metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya. Pantun sebagai
puisi yang diungkap akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang digunakan untuk
berbagai-bagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan secara berseloroh hingga
kepada majlis yang lebih serius seperti pertunangan dan perkahwinan dalam
masyarakat Melayu.
Menurut pengkaji pantun Francois –Rene
Daillie (2002) menyimpulkan bahawa pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan
dan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir. Di dalamnya
tersirat segala elemen kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang
tanah, rumah, kebun, sawah padi, sungai, laut, hutan, tumbuh-tumbuhan,
buah-buahan, binatang, burung, ikan, dan pelbagai perkara kecil yang digunakan
dalam kehidupan seharian.
Menurutnya, ia menyatakan juga
tentang adat resam, kebijaksanaan, pelbagai bentuk kepercayaan dan
perasaan, cinta kepada jejaka idaman, wanita dan Tuhan. Walau bagaimanapun,
pantun bukanlah hak milik mutlak bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi bersama
oleh hampir setiap etnik di alam Melayu ini.
Jelaslah, bahasa dalam pantun Melayu
mempunyai keistimewaan yang dipilih oleh pengarangnya dengan teliti, melalui
pemerhatian yang lama dan rapi. Garapan bahasa yang digunakan juga membabitkan
simbol tertentu bagi menjelaskan bahasa yang ingin disampaikan kepada
pendengar.
Bagi kepentingan budi dalam kehidupan
masyarakat Melayu sangat jelas digambarkan melalui pantun di bawah:
Di sana padi
di sini padi,
Itulah
nama sawah dan bendang;
Di sana budi
di sini budi,
Barulah
sempurna bernama orang.
Hakikatnya, keindahan bahasa amat penting
dalam serangkap pantun untuk menyampaikan fikiran, hasrat dan rasa hati. Bahasa
yang tidak indah dan tidak tepat yang digunakan dalam pembayang dan isi pantun
akan menyebabkan sesebuah pantun itu tidak seimbang keindahan bahasanya.
Perhatikan pantun di bawah:
Tenang-tenang
air di laut,
Sampan
kolek mudik ke tanjung;
Hati
terkenang mulut menyebut,
Budi
sedikit rasa nak junjung.
Pulau
Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga;
Hancur
badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Budi dan bahasa sangat berkait rapat dalam
setiap tindakan dan perlakuan. Bahasa yang baik akan memancarkan budi
bahasa yang baik. Justeru, dikatakan hutang emas boleh di bayar; hutang budi
dibawa mati. Begitulah juga dengan orang berbudi disanjung mulia; ke mana pergi
tiada terbuang.
Begitulah rapatnya kaitan antara budi dan
bahasa. Budi yang baik akan sentiasa diiringi dengan bahasa yang baik juga,
yang melambangkan perasaan dan fikiran orang Melayu tentang budi dan bahasa.
Orang Melayu sentiasa bersifat budiman, mengenang budi, berbudi bahasa, menabur
budi dan sentiasa ingin berbudi. Hal ini sangat jelas dalam kebanyakan
pantun-pantun Melayu dahulu.
Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
bahasa khususnya Bahasa Melayu para guru mestilah menekankan keindahan bahasa
dalam pantun-pantun Melayu melalui Komponen Sastera (Komsas) dari Tingkatan
Satu hingga Lima bagi memberi kesedaran, mendidik akal budi, dengan sifat-sifat
keistimewaan bahasa Melayu dalam karya-karya sastera khususnya pantun. Pantun
budi dikategorikan dalam pantun budi dan bahasa.
Hakikatnya, bahasa yang indah sangat penting
dalam penciptaan pantun-pantun Melayu. Tanpa bahasa yang indah, pantun yang
dikarang atau dibacakan tidak terasa keindahannya. Oleh itu, para pencipta
pantun dan pemantun zaman lampau sangat bijaksana memilih kata-kata tentang
penggunaan bahasa yang berkaitan dengan alam, kehidupan, adat istiadatdan
budaya masyarakat Melayu. Melalui pemerhatian yang teliti, penelitian yang rapi
serta pengalaman baharullah sesebuah pantun itu dicipta dengan fikiran yang
bijaksana.
Langgan:
Catatan (Atom)